Biar sembilan kali jatuh, kita tetap akan berdiri untuk kali yang ke sepuluh. Jika kita labelkan diri kita gagal, maka label itu kekal milik kita sedangkan orang lain tidak akan tahu kita pernah gagal biar berkali-kali pun, asalkan kita terus berdiri dan maju kehadapan. Ingatlah, dengan melabelkan diri kita gagal, maka selagi mana kita masih mengenang kembali memori lampau, selama itu 'Kegagalan' akan terus menghantui kita.
Mungkin kita berfikir sepertimana ungkapan ini 'barang yang lepas jangan dikenang'. Tidak salah untuk merenung kegagalan semalam, namun selidik dan renungkan kegagalan untuk perbaiki diri agar menjadi lebih baik dari semalam. Hilangkan punca yang memungkinkan kitaran itu berulang untuk kali yang seterusnya. Untuk setiap kali gagal, kita akan tahu cara yang betul untuk laksanakan sesuatu. Jadi apa yang ruginya jika dapat ketahui cara terbaik untuk diri kita sendiri?
Fikir kembali apa peluang yang telah Allah berikan pada kita. Allah membuka luas jalan untuk kita berjaya. Hanya kita sahaja ingin melaluinya atau sebaliknya.
Buang sifat prasangka dalam diri bahawa kegagalan itu punca dari orang lain. Salahkan diri sendiri sebabnya, kita lebih tahu tentang diri kita, kekuatan kita, kelemahan kita. 24 jam sehari 7 hari seminggu dengan diri sendiri, jangankan sebab kentut sendiri busuk kita salahkan orang lain.
Sebagai manusia biasa, kita tak berkuasa untuk tentukan apa yang akan berlaku pada diri. Itu semua ketentuan Allah SWT. Apa yang mampu kita buat hanyalah berusaha sebaik mungkin kerana Allah yang Sebaik-baik Perancang.
#gagal sekali tak bermaksud gagal selamanya


No comments:
Post a Comment