Friday, 30 November 2012

Perkara Yang Merosakkan Otak



#peringatan untuk diri sendiri#

Terima kasih kerana sudi baca blog saya ^_^

Thursday, 29 November 2012

Tips Belajar

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem.





Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang terluang, masa pertukaran kelas, masa menunggu bas, masa sebelum hidangan makanan. Kita boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah dibaca.


Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.


Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan kita merujuk kembali apa yang telah dibaca. Ia tidak menjamin ingatan tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan kita. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.


Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang hendak dilakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun kita tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaja buku dan membacanya. Jika kita mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, kita tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan kita peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akan dilakukan. Selagi ada masa, kita boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun kita sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak kita membaca, semakin tinggi keyakinan diri kita untuk lulus dengan cemerlang.



Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.


Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika kita berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika kita mahu berjaya dalam akademik, kita perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.


Belajar mengikut rentak sendiri 
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Kita perlu mengenal rentak sendiri dan pastikan kita mematuhi rentak tersebut. Jika kita seorang pelupa, pastikan kita mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika kita perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.


Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri kita , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh perkara yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Kita boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).


Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah kita bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk kita mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuaikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan, semakin besar ujian ketahanan diri kita. Beritahu diri kita, “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”




#Belajar adalah suatu seni. Jika kita tahu menguasai seni tersebut , kita boleh berjaya biar pun diri kita mempunyai beberapa kekurangan.


Terima kasih kerana sudi baca blog saya ^_^

Tuesday, 27 November 2012

Aku Remaja Biasa

      Setiap manusia pasti melakukan dosa apatah lagi remaja yang baru mengenal kehidupan. Aku juga remaja dan aku juga tidak terlepas dari melakukan dosa, pasti banyak dosa-dosa yang aku tidak sedari. Aku juga masih mentah untuk menghadapi dunia sebenar yang penuh dengan godaan syaitan yang meragut jiwa.



Setiap doa di dalam solat, seringkali aku berdoa agar diriku ini dijauhkan dari kemungkaran yang merosak akhlak dan jiwa. Aku sedar yang aku bukanlah remaja yang hebat, pandai, dan mendapat A dalam semua subjek. Aku hanyalah remaja biasa yang hanya belajar di institut pengajian biasa dan bergaul dengan rakan-rakan biasa.

#bersederhanalah dalam kehidupan#

Terima kasih kerana sudi baca blog saya ^_^

Monday, 26 November 2012

''Jadilah Diri Sendiri''



Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

     
       Di atas ni merupakan lirik lagu 'Fikirkan Boleh' yang didendangkan oleh Allahyarham Sudirman. tujuan utama saya memasukkan lirik lagu ini adalah sebagai motivasi kepada diri sendiri dan juga orang lain. 
       Berdasarkan lirik lagu tersebut demikianlah diri kita sendiri, jika kegagalan yang kita perolehi, jadilah diri sendiri. Maksud jadilah diri sendiri adalah bergantung kepada apa yang kita fikirkan tentang diri kita. Jika kita merasakan diri kita gagal buat selama-lamanya maka kita akan berada di tempat itu buat masa yang lama. Namun, sekiranya kita juga mampu menjadi seperti rakan-rakan kita yang berjaya, berfikir bahawa kita juga boleh seperti mereka maka kita akan berubah dari setapak ke setapak yang membanggakan tanpa kita menyedarinya.
      Ya, kita mampu berubah dan berjaya seperti orang lain. Jadilah diri anda sendiri yang mana anda sendiri yang menentukan diri anda sendiri. Runtuhkan tempoh "Tidak Boleh" dan binalah keyakinan bahawa anda juga mampu untuk berjaya.

   




Terima kasih kerana sudi baca blog saya ^_^

Saturday, 24 November 2012

Sedekah



Duit yang kita ada sekarang bukan satu jaminan untuk masuk ke syurga kalau kita salah gunakan duit itu… Namun dengan sekeping duit juga dapat menjamin kita ke syurga.. Oleh itu bersederhanalah dalam hidup… Jangan takut membantu atau bersedekah kepada golongan yang lebih memerlukan...





p/s: SENYUMlah. kerana senyum itu juga merupakan sedekah. (^___^)


Terima kasih kerana sudi baca blog saya ^_^

Friday, 23 November 2012

Jujur Lebih Baik Dari Berbohong.


Kadang-kadang kita sering menjaga hati orang yang kita sayang dengan menipu mereka. semua ni kita buat kononnya nak buat dia happy. tapi sebenarnya kita tak sedar bahawa apabila dia tahu kebenarannya, kita akan membuatkan dia sangat-sangat sedih dan kecewa. jadi, kita haruslah sentiasa berkata jujur walaupun kita membuat dia menangis kerana tangisan itulah yang akan membawa kepada kebahagiaan.
Terima kasih kerana sudi baca blog saya ^_^

Jangan Pandang Belakang


Bila baca tajuk entri post ni mesti ingat saya nak cerita pasal cerita hantu kan. hehehe. takdelah sebenarnya saya nak kongsi satu kata-kata yang menarik perhatian saya.


"Setiap orang mempunyai kegagalan atau kesilapan di masa lalu. Untuk berjaya, kita perlu belajar dari masa lalu dan hargai pengalaman sukar yang telah dilalui tetapi jangan memikirkannya. kita perlu maju ke hadapan dan buat yang lebih baik, buat keputusan yang lebih bijak dan jadikan pengalaman lalu sebagai ikhtibar."


#muhasabahdiri
Terima kasih kerana sudi baca blog saya ^_^