Tidak kira tahap mana kepakaran anda, anda masih perlu menuntut ilmu. Dan cara termudah dan terpantas adalah dengan bertanya!
Bertanya memudahkan pembelajaran kerana anda akan mendapat jawapan yang tepat dalam masa yang singkat dengan apa yang anda cari.
Entah kenapa, sering kali, apabila seseorang itu ingin bertanya mereka berasakan dirinya amat rendah. takut, nanti apa pula orang kata soalan yang ditanya itu soalan yang bodoh. Akhirnya mereka tidak bertanya dan simpan sendiri segala persoalan.
Apabila bertanya, kita akan mendapat ilmu. Dengan ilmu tersebut, kita boleh kembangkannya dan mengaplikasikannya dengan cara tersendiri.
#p/s: jangan malu untuk bertanya; sekiranya malu bertanya, maka anda sendiri yang akan rugi.


No comments:
Post a Comment