Tuesday, 23 October 2012

Stress???


Anda Stress??
Anda Stress??

Cara Mengurangkan Stress:


1. Mencari dan Menikmati Ketenangan




Luangkan masa untuk berjalan-jalan di kawasan persekitaran tenang seperti di tepi pantai, sungai atau taman rekreasi. Carilah ketenangan dengan menikmati segala keindahan yang telah dianugerah Ilahi dan lupakan seketika segala masalah yang dihadapi. InsyaAllah hati akan lebih tenang.

2. Perbanyakkan membaca Al-Quran




Al-Quran patut dijadikan teman akrab sepanjang waktu. Dengan membaca Al-Quran hati menjadi lebih tenang dan berfikir lebih rasional. Malahan, ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat.

3. Lakukan senaman pernafasan mendalam




Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas perlahan-lahan dengan mendalam dan kemudian hembuskan dengan sepenuh hati seperti melepaskan segala bebanan yang terletak di bahu.

4. Lakukan aktiviti luar seperti bersukan, jogging, beriadah




Badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Jadi segala stress akan dapat dilupakan apabila melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan badanseperti bersukan dan jogging. Situasi akan menjadi lebih gembira jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Tambahan, ia dapat mempereratkan ikatan kekeluargaan menjadi lebih erat dan mesra.

5. Mendengar Lagu atau muzik yang mendamaikan




Mendengar lagu atau muzik yang mendamaikan banyak mendatangkan faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami stress atau tekanan perasaan. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah tinggi, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Tapi anda perlulah memilih muzik yang lembut dan sesuai.

6. Terima Keadaan Seadanya atau redha dengan ketentuan Ilahi




Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan. Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa lantas stress jika tidak memperolehinya. Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain dapat.

betul jugak kan? kekadang stress ni dah jadi macam makanan harian pun ada jugak.

Nikmatilah hidup selagi terdaya. Jangan biarkan stress menyelubungi hidup anda.

Terima kasih kerana sudi baca blog saya ^_^

Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2012



Ranking Universiti Di Malaysia 2012Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2012
Jika dilihat dari ranking Universiti Terbaik Di Malaysia pada tahun 2011Universiti Sains Malaysia(USM) mendahului universiti lain dengan diikuti Universiti Teknologi Malaysia(UTM) pada ranking kedua dan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) pada ranking ketiga dan Universiti Putra Malaysia(UPM) pada ranking keempat.

Pada tahun ini dilihat berlaku banyak perubahan dari segi senarai ranking universiti terbaik di Malaysia. Pada tahun ini iaitu tahun 2012, Universiti Putra Malaysia(UPM) berada di ranking pertama dalam senarai ranking univerisiti terbaik di Malaysia. Tahniah diucapkan kepada UPM. Kejayaan ini mungkin disebabkan UPM merupakan universiti pertama di Malaysia yang mendapat akreditasi daripada badan antarabangsa iaitu AACSB.

Naib Canselor UPM, Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata pengiktirafan itu diperoleh untuk Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Putra Business School sekaligus menjadikan UPM universiti keenam di Asia Tenggara yang menerima akreditasi tersebut.
“Akreditasi AACSB adalah ciri kecemerlangan dalam pendidikan perniagaan yang hanya diperoleh oleh kurang lima peratus daripada program perniagaan di dunia,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
AACSB yang ditubuhkan pada 1916 adalah badan akreditasi antarabangsa yang tertua untuk sekolah perniagaan di universti yang menawarkan program sarjana muda, sarjana dan ijazah doktor falsafah dalam bidang perniagaan dan perakaunan.
Kejayaan UPM itu diumumkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AACSB John J. Fernandes di Tampa, Florida Amerika Syarikat melalui laman web www.aacsb.edu pada 26 Julai lepas.
Antara universiti antarabangsa yang telah mendapat pengiktirafan sama ialah Texas Universiti di Amerika Syarikat; Universiti Nasional Chonnam dan Universiti Dongguk di Korea Selatan; Universiti Istanbul di Turki dan Universiti Peking di China.

Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2012:
1.Universiti Putra Malaysia (UPM)
2.Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
3.Universiti Sains Malaysia (USM)
4.Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
5.Universiti Malaya (UM)
6.Universiti Teknologi MARA (UiTM)
7.Multimedia Universiti (MMU)
8.Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9.Universiti Malaysia Perlis (Unimap)
10.Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
11.Universiti Teknologi Petronas (UTP)
12.Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
13.Universiti Utara Malaysia (UUM)
14.Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
15.Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
16.Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
17.Universiti Malaysia Pahang (UMP)
18.Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
19.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
20.Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

#ranking UKM dah jatuh. tapi takpe, aku still bangga jadi student UKM#

Terima kasih kerana sudi baca blog saya ^_^