Friday, 28 September 2012

Tak Semua Orang Tahu


‎"Ada seorang perempuan, umur 15 tahun, bawa anaknya yang umur setahun jalan di pasaraya! -Orang kata dia tu perempuan hina, tak suci, tak malu! Tapi takde orang tahu dia dirogol masa dia umur 13 tahun!

Ada seorang lelaki, dia sangat² gemuk! -Orang kata dia tu tak tahu jaga diri! Tapi takde orang tahu dia ada penyakit! Makan tak makan tiap² hari berat badan naik!

Ada seorang orang tua, mata dia buta, telinganya takde! -Orang kata dia tu hodoh, sangat² hodoh! Tapi takde orang tahu dia tu askar! Hilang mata & telinga waktu mempertahankan negaranya!

moral of the story: Banyak benda dalam dunia ni kita nampak, tapi tak bermakna kita tahu segala²nya!

Terima kasih kerana sudi baca blog saya ^_^

Wednesday, 26 September 2012

Fikir Sejenak




Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

p/s: Bersyukurlah kepada ALLAH S.W.T~ alhamdulillah~
Terima kasih kerana sudi baca blog saya ^_^

Andai kita ingin berteman~


Andai kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan, kita mungkin akan menjauhinya.

Andai kita ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan, kita akan membencinya.

Andai kita ingin berteman, janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu kita mungkin akan memfitnahnya.

Andai kita ingin berteman, janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tak pandai menceriakan, kita mungkin akan menyalahinya.

Andai kita ingin berteman, terimalah dia seadanya, kerana dia seorang teman yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna.

TEMAN (^_^)
Terima kasih kerana sudi baca blog saya ^_^

SAHABAT vs KAWAN

Semua orang didunia ada sahabat kan? mustahil kita tidak ada sahabat walaupun seorang.. Apa makna sahabat? Bagi saya,sahabat merupakan antara orang yang paling dekat dihati kita.


Sahabat adalah teman sehidup semati. Sanggup bersusah payah dan menempuh segala onak dan duri dalam hidup ini. 
Sahabat keseorang yang sangat memahami, tidak hanya muncul di saat sahabatnya gembira...tetapi tetap ada di sisi walau apa yang terjadi pada sahabatnya. 
Sahabat juga merupakan seorang yang akan memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk sahabatnya dan tidak sanggup melihat sahabatnya sedih. Nilai seorang sahabat susah untuk dicari. 
Sahabat umpama 1000 orang kawan.
Kawan pula adalah seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup seseorang. Bila kita gembira atau ketawa kegembiraan.. kawan akan muncul di sisi untuk sama-sama meraikan kegembiraan...tapi bila kita sedih dan terluka... kawan datang bertanya khabar sahaja lepas tu berlari meninggalkan kita keseorangan....

TAK semua kawan boleh jadi RAKAN,

TAK semua rakan boleh jadi TEMAN,

TAK semua teman boleh jadi SAHABAT,

jadi kalau anda punya SAHABAT

TOLONG HARGAI KEHADIRAN MEREKA DI SISI ANDA.......
Apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan.. jangan hanya mengharap kawan atau sahabat sahaja yang jujur dan ikhlas tapi kita pun kena  ikhlas dan jangan ada simpan cemburu pada kawan atau sahabat kita.  Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan..

Tanya pada diri! 

”ADAKAH SAYA ATAU ANDA, TERGOLONG DALAM KATEGORI SAHABAT ATAU KAWAN?”
Jika anda dalam kategori sahabat, 
Alangkah beruntungnya saya menjadi sahabat anda, 
Beruntung nya saya mendapat nasihat yang berguna dari anda,
Maka kesimpulannya berusahalah untuk menjadi sahabat yang baik,
Sahabat yang bersahabat kerana Allah, 
Sahabat yang sama2 erat berpegang kepada tali persaudaraan ,
Contohilah bagaimana sahabat2 dizaman  RASULLULLAH SAW..
Itulah yang dinamakan SAHABAT.

Sayangi sahabat dan kawan kita.. 



Terima kasih kerana sudi baca blog saya ^_^

Thursday, 20 September 2012

Salam Perkenalan

Salam perkenalan dari saya Ainur Rahmah Binti Mohd Sahrom. No matrik saya A139769. Saya harap saya dapat mengikuti kelas EPPD1063-Aplikasi Komputer-Set 6 ini dengan baik. (^_^)
Terima kasih kerana sudi baca blog saya ^_^