Monday, 26 November 2012

''Jadilah Diri Sendiri''



Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

     
       Di atas ni merupakan lirik lagu 'Fikirkan Boleh' yang didendangkan oleh Allahyarham Sudirman. tujuan utama saya memasukkan lirik lagu ini adalah sebagai motivasi kepada diri sendiri dan juga orang lain. 
       Berdasarkan lirik lagu tersebut demikianlah diri kita sendiri, jika kegagalan yang kita perolehi, jadilah diri sendiri. Maksud jadilah diri sendiri adalah bergantung kepada apa yang kita fikirkan tentang diri kita. Jika kita merasakan diri kita gagal buat selama-lamanya maka kita akan berada di tempat itu buat masa yang lama. Namun, sekiranya kita juga mampu menjadi seperti rakan-rakan kita yang berjaya, berfikir bahawa kita juga boleh seperti mereka maka kita akan berubah dari setapak ke setapak yang membanggakan tanpa kita menyedarinya.
      Ya, kita mampu berubah dan berjaya seperti orang lain. Jadilah diri anda sendiri yang mana anda sendiri yang menentukan diri anda sendiri. Runtuhkan tempoh "Tidak Boleh" dan binalah keyakinan bahawa anda juga mampu untuk berjaya.

   




Terima kasih kerana sudi baca blog saya ^_^

No comments:

Post a Comment